Wajah Nampak Cantik dan Berseri Dengan Hanya Doa Nabi Yusuf

Ramai yang menginkan wajah yang nampak cantik dan berseri-seri. Bagi sesiapa yang mengimpikan wajahnya berseri perlulah ianya membaca surah Yusuf Ayat 4 akan tetapi membacanya sebaik-baik selapas waktu solat tau !

Korang kenalah selalu amalkan surah-surah yusof ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Inshallah dan Alhamdulilah kerana ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubunga suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, keluarga, dan sahabat handai.

Surah Yusuf ayat 4 seperti di bawah ini :

” Idz Qaala Yuusufi Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada ‘ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin ”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4 :

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya : ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat Surah Thaahaa ayat 39 seperti di bawah :

” Wa-alqaytu `Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna` Alaa `Ainii”

Maksud Surah Thaahaa Ayat 39 :

” Dan aku telah tanamkan dari kemurahan ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan ku “.

Selepas itu ada cara-caranya :

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai. Kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Jadi setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih, suami, isteri hendaklah membaca kedua yat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapnya. Tidak lah perlu membaca dengan kuat dan memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dapat dikasihi ileh masyarakat. Jadi bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Jadi, korang dapat sedikit info mengenai surah yusuf ini untuk nampak cantik dan berseri. Jangan lupa amalkan selalu ya !