Subahanallah! Satu Hal Yang Ajaib Bilamana Kucing Sendiri Tidak Mahu Melangkah dan Pijak Al-Quran Walau Di Paksa

Bila sebut sahaja kucing, pasti ramai yang sukakan haiwan comel ini. Matanya bulat dan punya wajah yang cute, pasti ramai yang cair bila melihatnya.

Tidak di nafikan Nabi sendiri memelihara kucing kerana menurut Baginda, haiwan ini punya banyak kelebihan.

Di Istanbul,kucing di layan dengan sangat baik sehinggakan Imam di sana membenarkan mereka berteduh dan bermalam di masjid untuk mengelakkan mereka kesejukan di luar. Jemaah juga sering bermain dengan mereka selepas solat.

Hanya Tuhan yang tahu betapa istimewanya makhluk kesayangan Nabi ini. Satu rakaman video yang di kaitkan dengan kucing ini telah viral dan buat hati ramai netizen tersentuh. Dalam rakaman itu, kucing itu di lihat tidak mahu untuk memijak dan melangkah al-quran untuk mengambil makanan dari tangan tuannya.

Apabila tuannya mengujinya dengan meletakkan buku biasa, kucing itu melangkah dan memijak buku itu tanpa teragak-agak.

Mungkin anda fikir kucing itu memang dilahirkan cerdik, maka ujian itu di lakukan pada kucing yang lain untuk melihat apakah tindakannya sama dengan kucing tadi. Hasilnya, kucing itu juga tidak berani untuk memijak dan melangkah al-quran namun dia melakukannya pada buku biasa yang ada di situ.

Meskipun cara yang di lakukan seperti memaksa si kucing untuk melangkah,namun kakinya kaku untuk melakukannya dan hanya berada di tepi al-quran.

Rakaman itu membuatkan ramai manusia terpegun betapa kucing itu dapat membezakan al-quran dengan buku biasa. Tidakkah kita terfikir, haiwan yang tiada akal boleh membezakannya namun ada juga manusia di muka bumi tidak segan silu untuk melatakkan al-quran di tapak kaki. Allahu.


“Ya Allah dapat lihat kebesaran-Nya dengan jelas”

“Kucing tidak ada akal.namun fahamilah kucing sebenarnya ada rasa iman dan taqwa pda Tuhan Yang Maha Esa”

“Allahuakhbar..ni kali pertama tengok video ni..nak nangis rasa aku :(“

“Allah..Allah…Subhanallah…….betapa bijaknya ciptaan Allah ni..”

“Mungkin sebab tu Nabi sayang kucing.Nabi tahu isi hati kucing mcm mana “

Sumber: sayashare