Suami Ini Kecewa Bila Isteri Dipuja2 Kaki Mabuk!

assalamualaikum min tolong hide profile sy tqmaaf andai luahan ni panjang sy tak pandai nak buat ayat..sy seorang lelaki berumur 31 tahun isteri sy umur 32 tahun.kami kahwin tahun 2009.di awal perkahwinan kami cukup bahagia apa lagi wife sy seorang yg cantik kat ofis dia memang jadi buruan lelaki dan jadi igauan lelaki bangunan sebelah die kerja.dapat bayangkan tak dia cantik macam mana.memang die cantik sangat.dulu waktu sy nak dapatkan dia memang susah hampir 2 bulan sy cari dia akhirnya dapat juga sy no fon dia.dia ni kiranya wanita paling glamour jugaklah dah sampai sy kena serang dek ramai lelaki yg suka dekat dia tapi alhamdulillah sy yg dapat.

tahun kedua kahwin kami dikurniakan 2 org anak.lepas tu dia rancang taknak anak dulu cukup lah 2 orang saja.anak yg no 2 tu dah setaun dari situlah masalah sy bermula.wife sy selalu dok cakap ada kerja sampai esok pagi baru pulang rumah sy jaga anak2.pada mulanya sy percaya sangat min dekat dia tapi sy nampak sikit sebanyak perubahan dia.hp die lock sy taktau pun password dia dia tak kasi tengok.pergi mana2 bawak fon.tengok fon senyum2.satu hari dia balik jam 1 pagi sy terhidu bau yg cukup busuk.bau alcohol.sy tanya dia baik2 ‘syg minum ke’.dia tak jawab mungkin dia penat sy biarkan dia tidur tapi sy yg tak tido.

bab2 kewangan memang tak pernah nak sempit sy berkerjaya gaji 5k wife gaji 3.8k memang cukup sangat.kami tak ambil maid sebab isteri taknak dia pergi hantar daycare.malam tu sy cuba2lah buka hp dia last2 terbuka jugak.guest what min sedih sangat hati sy sanggup dia buat sy macam ni.sy nampak ada groupchat dengan kawan2 lama dia yg perangai memang teruk gile.gile macam mana??gile tahap sampai nak ‘main’ pun tak kisah kalau depan kawan2.pasangan engko pasangan aku juga kira macam tu lah.lepas tu dalam group tu dia boleh panggil wife aku ‘syg’.

dah tu dalam chat tu cakap mereka lepas jumpa dekat hotel.apa yg mereka buat min?aku tunggu sampai pagi dia bangun je sy tanya la baik2 tapi dia tak ngaku.dia suruh sy tanya dekat lelaki tu.lelaki tu cakap dia takde hubungan dia kawan je.kawan apa sampai syg2.sy diam jer sy buat2 percaya kat dia.wife buat hal lagi lepas 1minggu kantoi dia cakap pergi kerja dia balik jam 2 pagi bau alcohol min.sy tanya dia minum ke die jawab ye sikit jer..cool min dia jawab macam tu macam tak dosa langsung kan.sy hilang sabar sy tampar dia berdarah mulut dia.dia menangis masuk toilet kunci pintu.sy yg rasa bersalah sebab tampar dia sy pujuk dari luar sy minta maaf dekat dia tp dia taknak maafkan sy.

macam mana min dia cakap dia bertahan sebab anak.sepatutnya sy yg cakap macam tu.memang sy yg salah tampar dia tapi sy hilang sabar dah banyak kali dia balik mabuk tu belum lagi sy cerita dia sampai tak bangun tidur dekat kereta jer sy yg angkat dia.dia cakap nak cerai tapi sy syg dekat dia sy taknak cerai.kalau sy cerai mungkin dia akan terus terjerumus dengan kawan2 dia.sy nak dia berubah.ni sy menangis min tulis luahan sy ni dah tak tahu nak luah dekat mana.tolong lah sy bantu sy.dah lah min dah tak sanggup rasanya tulis lagi.maafkan sy.dan buat wife sy..jika syg terbaca kisah ni ayg sangat sygkan syg sampai bila2 ingatlah anak2.

Sumber: kisahrumahtangga69