Pernah Terkena Sopak Garam/ Ludahan Jin? Inilah Petua Merawatnya ! Sebarkan Agar Bermanfaat

BISMILLAH

Saya kena ni time bujang2 dulu… slalu kena bila cuaca sejuk or wktu mlm….kyra dpt petua dri fb n cuba buat Alhamdulilah dgn izin Allah sya sembuh smpai skrg xda dh naik benda ni..

Nie sya share skit petua dia.

SOPAK GARAM

Sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk.

Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.

Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin. Orang-orang lama menyebutnya, kena “ludahan jin”.

Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak.

Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk.

CARA MERAWAT

1. sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.

2. mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul.

3. mulakan dengan mandian air garam. jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. biarkan kering seketika. selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.

4. mandian dengan air campuran sintok dan limau. jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.

5. kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.

sebarkanlah ilmu Walaupun Sebesar Zarah..

Semoga Bermanfaat. Sila Like & Share!

Sumber: Dakwah Tv 

 

.

Petua Ibu Dalam Pantang Untuk Bantu Kecutkan Rahim, Buang Angin & Banyakkan Susu Badan!

hai uols!!!

Owh kay, hari ni saya nak kongsikan air minuman dalam pantang ya, walaupun pantang dah berlalu, tapi baru boleh nak minum air kunyit dan halia ni. Yelah awal-awal tu risau baby jaundice, makanya dah 52 hari selepas bersalin ni baru boleh nak minum. Lama pulak ye jarak masanya, korang jangan tiru saya ya, patutnya minum seawal mungkin. Saya ni je malas nak buat kan, makanya hantam sajalah labu!!

Bahan-bahan untuk air kunyit dan halia

Bahan-bahan cukup mudah, tapi mudah macamana pun kalau malas nak buat, acik takleh nak tolonglah ya. Ok mula-mula carilah kunyit dan halia kat celah-celah dapur korang tu. Takde? Pegilah kedai beli, seeloknya dapat kunyit muda baru elok sikit kot. Takdelah kuning sangat macam saya punya ni. Saya guna kunyit dah tua, dah macam nak masak lemak cili api pun ada rupanya tu.

Nampak pisau tu? Kegunaan dia untuk buang kulit kunyit dengan halia tu. Ok dah buang kulit, korang basuh dan blend kan diorang bersama. Blend guna air masak tau, sebab lepas proses blend tu, korang tapis masuk dalam cawan.

Dah tapis habuk dan serat kunyit halia tu. Masukkan pula asam jawa segera tu ke dalam air kunyit dan halia yang dah ditapis. Dan akhir sekali masukkan madu, kacaukan sehingga sebati dan serasi bersama #sehatisejiwa.

Masukkan sedikit madu

Senang kan? Dengan 4 bahan di atas, makanya korang dah dapat minuman ala-ala jamu untuk kesihatan badan. Sebenarnya fungsi air kunyit dan halia ni adalah baik untuk dalaman ibu selepas bersalin. Salah satunya untukkecutkan rahim kita, buang angin, melangsingkan badan dan juga banyakkan susu badan, i like!!! So nak taknak untuk itu kene telan jugaklah ya. Baca bismillah jangan lupa. Dan biasanya ia elok diminum secawan sehari selama 3 hari berturut-turut ya. Yummeh sangat!!

Sedia untuk diminum

Memang terbaik!!!

Ok siap minuman kesihatan untuk hari ini. Saya terbaca tak elok minum selalu air kunyit ni, nanti cepat monopose, tapi sahih atau tidak itu saya tak pastilah. Korang nak tau? Sedap tau rasa dia ni, yelah dah campur asam jawa dan madu, jadi ada rasa pahit, masam dan manis. Dah boleh buat tajuk drama tv pulak hihi, oklah tu je babai!!!

Sumber

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Petua Ibu

 

.

Rahsia wanita ini turun dari 125kg kepada 58kg. Rupanya ramai terlepas pandang apa yang dibuat beliau yang buatkan ramai tak berjaya untuk kurus. Ikuti rahsianya…

Wow! Memang kagum hakak membaca catatan perkongsian wanita yang bernama Siti Aminah Borhan ini. Beliau berjaya hilangkan berat badan sebanyak 67 Kilogram! Daripada berbadan besar bersaiz XXXL sekarang kecil molek  bersaiz S sahaja.

Bukan mudah tau nak ‘berjuang’ untuk dapat berat sebegitu, lebih-lebih lagi kalau jenis yang suka makan. Memang perlu hati kental dan kuat semangat untuk berjaya dapat berat ideal ni.

Berikut merupakan antara perkongsian tip yang wanita ini amalkan.

Faham tak perasaan pergi cari baju, berkenan sangat tapi tak muat? Lepas tu tambah sedih lagi, Fitting baju nikah tak muat? Tragik ke tidak? Baju nikah koyak masa nikah? Faham tak susahnya nak kurus? Faham tak saya memang kuat makan? Saya boleh habiskan kek 1.2kg dalam satu masa .
Tapi itulah realiti yang saya lalui. Sebab apa? Sebab saya SANGAT gemuk!

Setiap kali lalu sebelah orang mulalah rasa cemburu, cemburu dengan orang lain, cemburu kenapa saya ni tak macam diorang.Dari kecik nak cari baju pun susah sampai nak buat benda pun susah.Tapi sekarang saya dah berjaya, dah berjaya rasa yakin mcm orang lain. Saya berjaya turunkan 67 kg kurang daripada setahun.

Berat dulu 125kg – 58kg

Nak tahu saya berjaya macam mana, ini saya kongsikan tip and korang boleh follow ok!

DO and DON’T

Cari BIG WHY ? Kenapa nak berubah , setiap kali rasa nak berputus asa , fikir balik BIG WHY!
Set small goal , contoh 3kg Dalam masa seminggu.
Beginner , boleh buat kalori count.
Katakan tidak kepada minuman manis (membazir kalori , better you eat than you drink your kalori).
Stop makan makanan berat before 8pm, boleh amik snack or light food kalau lapar.
Senaman sekurang-kurangnya 1jam sehari atau burn 1000kcal sehari.
Pastikan pembuangan besar lancar setiap hari.
Big no to junks food , process food and fast food and aneka sos .
Kurangkan makanan berminyak, berkuah .
Jangan takut dengan penimbang, timbang selalu untuk monitor berat dan focus on your goal
Contoh meal plan;

Pagi
Scramble egg 2 yellow 5 white + 2 roti wholemeal.
Snack
Green apple.

Lunch
Nasi senggengam atau kurang , lauk ayam grill dan ulam-ulaman.
Snack
Almond 10bji.

Dinner
Chicken wrap atau subway ( tanpa sos).
Supper
Red apple
p/s : minum air kosong banyak.

Contoh: set senaman boleh buat

Lari 100m
Jumping jack 20 kali
Squat 20kali
High knees 20 ( each side)
Lunges 20 ( each side )
#ulang benda yg sama 5 set and set timing

Kata-Kata Semangat
# Bukan senang nak berjaya apa-apa kita nak buat perlukan pengorbanan , mcm itulah jugak perjalanan nak gemok ke kurus.
# hargai diri sendiri dan start LOVE YOURSELF , bila kita sayang sesuatu mesti kita ingin buat yang terbaik untuk benda yang kita sayang kan?
# jangan letakkan pelbagai alasan , tiada siapa yang boleh tolong kita selain diri sendiri.
# abaikan kata-kata sekeliling yg negative , hanya focus kepada matlamat anda.
# Mulakan sekarang! Never too late .

p/s : Bila dah loose weight nak maintain yg paling susah dan ramai yang failed . Ada masa saya share macam mana nak maintainkan berat badan. Good Luck

Siapa yang nak berubah mcm saya boleh cuba amalkan tip yang saya kongsi kan ni!

Kredit: Siti Aminah Borhan via Mingguan Wanita