INILAH 10 AMALAN AGAR RUMAH KELIHATAN BERCAHAYA DARI LANGIT

Jika anda pernah mendengar adanya rumah rumah yang bercahaya jika dilihat dari langit pasti akan bertanya, apa yang membuat rumah tersebut terlihat terang jika dilihat dari langit oleh malaikat?

Tentu rumah tersebut adalah rumah yang didalamnya sering ada aturan agama Islam dan sering dilakukan oleh penghuninya.

Dan salah satu yang membuatnya begitu adalah dengan amalan membaca Al Qur an oleh penghuninya sehingga malaikat sering mendatangi rumah tersebut.

Jika rumah anda tidak ingin terlihat suram dan hitam kelam , maka lakukan hal hal yang baik didalam rumah. Jangan pernah menyimpan ataupun menggunakan minuman yang memabukkan . Jangan pernah menyimpan patung dirumah dan masih banyak lagi.

Seperti halnya perbuatan manusia yang sering membuat rumah terlihat hitam dan di jauhi malaikat , maka dengan segala amalan dan amal perbuatan baiklah yang dapat mengembalikan semua itu.

Apalagi jika didalamnya ada anak yatim yang anda pelihara dengan keiklasan. Dan berikut ini cara agar rumah kita bercahaya dan terlihat dari langit;

Diantaranya adalah :

Rumah yang diliputi dzikir kepada Allah yang di dalamnya ada ruku dan sujud
Rumah yang senantiasa bersih
Rumah yang penghuninya adalah orang-orang yang jujur dan menepati janji
Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim
Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal
Rumah yang dihuni oleh orang yang senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.
Rumah yang senantiasa ada tilawah Al-Quran
Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu
Rumah yang penghuninya ada isteri solehah
Rumah yang bersih dari barang-barang haram

Rumah adalah surga bagi pemiliknya jika rumah tersebut asri dan banyak di datangi malaikat maka sudah pasti rumah tersebut bisa menjadi surga bagi penghuninya.

Sumber: thunderchallenge.us

Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya
Inilah Amalan Agar Rumah Kelihatan Bercahaya Dari Langit

Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah.

Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT

1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.

3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.

5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

7. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.

12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.

13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.

Sumber: blogammar.com