Hafiz Tercilik Mampu Hafal 42 surah Al-Quran Seawal 11 Bulan. Ibu Kongsi Kaedah Berkesan Anak Tunggal Mereka

Kuala Lumpur: “Bacaan al-Quran menemani hidup anak saya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari,” kata Nurul Shahida Lukman, 27, mengenai anaknya Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang berusia dua tahun lapan bulan.

Kaedahnya dan suami Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri, 30, memberi kesan memberangsangkan apabila anak tunggal mereka itu kini mampu menghafal 42 surah termasuk semua ayat lazim Muqadam.


AHMAD Ziyyad mampu hafal 42 surah al-Quran.

“Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.

“Jadi kami sering membaca dan mendengarkan bacaan al-Quran kepadanya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 8:31 AM

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/300120/hafiz-tercilik-metrotv

Selanjutnya…

Kuala Lumpur

 Budak dua tahun mampu hafal 42 surah al-Quran

Image may contain: 3 people

“Bacaan al-Quran menemani hidup anak saya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari,” kata Nurul Shahida Lukman, 27, mengenai anaknya Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang berusia dua tahun lapan bulan.

Kaedahnya dan suami Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri, 30, memberi kesan memberangsangkan apabila anak tunggal mereka itu kini mampu menghafal 42 surah termasuk semua ayat lazim Muqadam.

“Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.

“Jadi kami sering membaca dan mendengarkan bacaan al-Quran kepadanya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Nurul Shahida yang memiliki butik pengantin Muslimah Selami Hilwan Wedding di Pengkalan Chepa, Kelantan berkata, ketika Ahmad Ziyyad berusia dua tahun dia sudah mula menghafal bacaan surah dalam Juzuk ‘Amma dengan lancar tanpa bantuan termasuk Muqadam.

“Saya pernah suruh dia buka mana-mana halaman

Muqadam untuk dibaca dan apa yang membuatkan saya terharu adalah apabila Ahmad Ziyyad dapat membacanya dengan betul,” katanya.

Beliau berkata, antara yang kerap menjadi pilihan untuk dibaca dan dihafal Ahmad Ziyyad adalah surah Al Waqiah, Ar-Rahman, Yasin, Al-Mulk dan Al-Kahfi.

Posted by Viral Media Johor on Donnerstag, 4. Januar 2018

“Kini dia sudah boleh baca surah berkenaan sampai habis. Cuma perlu ada bantuan juga untuk dia baca permulaan ayat dan bila saya dah baca permulaan ayat dia akan sambung sampai habis bacaan setiap ayat dalam semua surah itu,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai kaedah didikan yang diterapkan kepada anaknya itu, Shahida berkata, dia dan suami mula membuat perancangan bagi memastikan yang terbaik untuk anaknya sejak dalam kandungan lagi.

“Selepas Ahmad Ziyyad lahir, hari pertama dia kenal dunia lagi saya sudah bagi dia dengar bacaan ayat suci al-Quran.

“Kami tidak pernah pasang lagu lain selain bacaan al-Quran termasuk sewaktu di rumah, dalam kereta dan tempat kerja.

“Bacaan ayat suci itu yang menjadi pengulit anak untuk tidur dan tanpa alunan bacaan al-Quran Ahmad

Ziyyad sukar untuk tidur,” katanya.

Dia dan suaminya yang bertugas di

Tenaga

Nasional

Berhad (TNB)

kredit foto/video: Viral Media Johor
Sumber: https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180105/281603830853010