Diajak ‘Wanita’ Bermain Di Kolam, 2 Sepupu ‘Ghaib’ 2 Jam Ke Alam Bunian. Allahu!

Alam ghaib masih kekal misteri bagi manusia normal seperti kita. Namun, sebagai Muslim kita wajib percaya kepada kewujudan alam ini memandangkan ianya sebahagian dari rukun iman. Buktinya mudah, masih banyak berlaku insiden kehilangan dipercayai ‘disorok’ makhluk halus atau bunian berlaku dalam masyarakat kita.

Terbaru di Tumpat, Kelantan, 2 sepupu hilang selama 2 jam selepas pulang dari tadika kira-kira jam 12.30 tengah hari. Aduhai, tak dapat dibayangkan macam mana risau ibu bapa mereka bila anak-anak hilang macam ini kan?
Diajak ‘wanita’ bermain di kolam

2 sepupu, Nurul Husna  Abdul Hadi dan Nik Nur Arisa Nik Mohd Zurairi, ghaib 2 jam selepas didakwa ada ‘wanita’ mengajak mereka bermain di kolam. Kehilangan mereka disedari selepas pulang dari tadika pada pukul 12.30 tengah hari.

Nik Nur Arisa berkata wanita berkenaan mengajaknya bermain di kolam dan menangkap ikan setelah keluar dari pagar tadika.
‘Saya nak balik malam esok’

Saya nak balik malam esok, tapi Husna nak balik pagi. Saya nampak che (datuknya) di kebun tapi che tak nampak kami.

Menurut Arisa lagi, dia berniat untuk pulang malam esoknya namun sepupunya mahu balik keesokan paginya. Malahan dia mengatakan dia turut nampak kehadiran datuknya Ismail Mat namun lelaki berkenaan tidak dapat melihatnya.
Ditemui selepas solat hajat

Selepas solat hajat diadakan, Arisa ditemui selamat dalam keadaan basah kuyup berdekatan pokok tebu kira-kira 50 meter dari kawasan rumah datuknya. Arisa yang ditemukan ibu saudaranya kemudian membawa ke lokasi sepupunya, Husna di akar pokok durian belakang rumah datuk mereka.

Ibu Nurul Husna, Hazama hasan, 44, berkata, dia tidak menolak kemungkinan anaknya disembunyikan bunian kerana tempat yang didakwa anaknya bermain kolam itu adalah tempat keras dan kawasan kubur lama.

Sumber: Sinar Harian / ceriteradunia