BENARKAH BATU HAJAR ASWAD BERASAL DARI SYURGA?

Hajar dari bahasa arab yang bermaksud batu manakala aswad pula bermaksud hitam. Maka hajar aswad artinya batu yang hitam.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah terjadi kekurangan sebiji batu. Lalu disuruh akan Nabi Ismail a.s. untuk mencari sebiji batu lalu dibawa olih Nabi ismail a.s. akan sebiji batu yang ialah batu yg sampai ke hari ini dikenali sebagai hajar aswad sebagaimana diceritakan olih Imam Ibnu Kathir didalam tafsirnya.

Memang benar asal usul hajar aswad ini dari syurga sebagaimana sabda Rasulullah saw :

نَزَلَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ وَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنْ اللَّبَنِ فَسَوَّدَتْهُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ

artinya : “Telah turun batu hitam ini daripada syurga. Dan ia lebih putih dari susu. Maka telah menghitamkannya olih kesalahan umat manusia.” (Hadith Tirmizi)

Dan siapa yang menyentuh hajar aswad dalam keadaan beriman akan dihapuskan dosanya sebagaimana hadith daripada Ibnu Umar r.a. katanya : rasulullah saw beresabda :

إِنَّ مَسْحَهُمَا يَحُطَّانِ الْخَطِيئَةَ

artinya : “Sesungguhnya menyentuh hajar aswad dan rukun Yamani itu bolih meghapuskan dosa..” (Hadith Nasaaie)

Dan diriwayatkan bahawa hajar aswad bolih berkata-kata dimana ia akan menjadi saksi siapa yang menyentuhnya.

Rasulullah saw bersabda :

ِإنَّ لِهَذَا الْحَجَرِ لِساَناً وَ شَفَتَيْنِ يَشْهَدُ لِمَنْ اسْتَلَمَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَقٍّ

artinya : “Bahawsanya batu ini mempunyai lidah dan bibir yang akan menjadi saksi siapa yang telah menyentuhnya pada hari kiamat nanti.” (Hadith Ibnu Hibban)

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)