BAPA BUANG ANAK DALAM TONG SAMPAH KERANA DISANGKA SUDAH MATI

BAPA BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH KERANA DISANGKA SUDAH MATI

(VIDEO) Seorang ayah tergamak membuang bayinya yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah hanya kerana mangsa berwarna ungu dan disangka telah mati.

Kejadian 15 Januari lalu yang berjaya dirakam CCTV menunjukkan lelaki tersebut membuang mangsa tidak lama selepas dilahirkan oleh teman wanitanya yang bersalin sendiri.

Yunnan Daily melaporkan mangsa dibuang dua jam selepas dilahirkan dengan tali pusat masih belum dipotong.

Bagaimanapun, satu jam selepas itu, seorang warga emas menyedari kehadiran mangsa di dalam tong sampah tersebut dan membawa mangsa pulang ke rumah.

Penemuan bayi tersebut dilaporkan kepada polis, Isnin lalu.

Selanjutnya, bayi tersebut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan dalam keadaan sihat sebelum dihantar ke jabatan kebajikan.

Ibu bapa bayi berkenaan sudah ditahan polis Selasa lalu dan sedang disiasat.

sumber : KV

Kejadian disahkan berlaku di XUANWEI – CHINA