AKIBAT Alami Tekanan Perasaann, Pelajar Reka Cerita Kena Culik Dengan ‘Van Putih’

mengalami tekanan perasaan kerana terpaksa menumpukan pelajaran, seorang pelajar tingkatan 1 sanggup mereka cerita kononnya dia telah diculik.
Dia mendakwa diculik oleh sekumpulan lelaki menaiki ‘van putih’ ketika sedang menunggu bas di Pandan Indah, Selangor sekitar pukul 12 tengah hari dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Tidak disangka, cerita ‘dongeng’ itu telah tular menerusi media sosial dan pelajar berkenaan mendakwa bahawa dia konon telah berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsa tebusan.

Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua ibu bapa pelajar itu dan menurutnya, seramai tiga suspek terlibat dalam yang mana seorang ialah pemandu dan dua lagi menariknya masuk ke dalam van.

Pelajar berkenaan bagaimanapun telah berjaya meloloskan diri dengan cara menggigit tangan salah seorang suspek dan ia telah memaksa pemandu untuk memberhentikan kenderaannya.

Tambahnya lagi, selepas berjaya melepaskan diri, dia kemudian terus menaiki bas sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah berhubung kejadian ‘malang’ tersebut.

“Tiba-tiba sebuah van putih berhenti di bus stop. Kemudian keluar dua lelaki telah menarik saya masuk ke dalam van tersebut.

“Kira-kira 10 minit kemudian, saya telah nampak signboard Pandan Jaya dan bus stopPandan Jaya, kemudian saya telah menggigit tangan lelaki yang duduk di sebelah saya.

“Pemandu van tersebut telah memberhentikan van. Salah seorang daripada mereka keluar dan membuka pintu van. Semasa dia membuka pintu, saya telah menendangnya.

“Terus melarikan diri ke bus stop dan menaiki bas Rapid ke SMK Pandan Indah,” kata remaja berusia 12 tahun berkenaan menerusi laporan polis tersebut.

Susulan insiden gempar itu, Ketua Polis Daerah Pandan, Asisten Komisioner Hamzah Alias memberitahu bahawa mereka masih lagi menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan kejadian tersebut.

KETUA POLIS DAERAH PANDAN, ASISTEN KOMISIONER HAMZAH ALIAS.

“Pihak kami masih menyiasat dan sehingga kini tiada saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dapat membantu.

‎”Luka yang dialami tiada kaitan dengan kejadian culik. Bagaimanapun, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Namun, hari ini pelajar tersebut ditemani bapanya telah tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada malam semalam bagi menarik balik laporan yang telah dibuat.

Hamzah memberitahu bahawa pelajar itu mengakui bahawa dia telah menipu tentang kejadian tersebut kerana mengalamai tekanan perasaan akibat dipaksa untuk menumpukan pelajaran oleh keluarganya serta tidak dibenarkan untuk keluar bermain.

Dalam masa yang sama walaupun kejadian itu sememangnya membimbangkan penduduk di sekitar Ampang tetapi pihak polis sama sekali tidak akan mengambil apa-apa tindakan susulan terhadap pelajar berkenana kerana keadaannya yang dialaminya sekarang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Sumber: mynewshub