Wanita Ini Kongsi PETUA Untuk Rawat Sakit Gout, Cuma Perlukan 3 Bahan Dapur Ini Saja

Orang yang ada sakit gout, pemakanannya banyak kena pantang dan kalau sekali diserang memang tak boleh nak luah rasa sakitnya. Penyakit ini disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Jadi untuk kurangkan rasa sakit gout, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Cik Mil Neena ini…

Hari ni saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout… alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.

Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last-last terpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!

Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja.
Bahan-bahan:

1 biji timun 
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon

Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.

Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.

Minum 2 kali sehari.. selepas bangun tidur dan waktu nak tidur.

Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.

Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg… suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.

Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama-sama amalkan.

Setiap penyakit ada penawarnya.

Kongsikan, semoga bermanfaat.

Sumber : Cik Mil Neena, Mingguan Wanita via makinheboh