Viral Gadis Tampar Tentera Israel. Ini HUKUMAN Mahkamah Buat Ramai MARAH

Mahkamah Tentera Israel memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan seorang aktivis Palestin berprofil tinggi selepas rakaman video yang menunjukkan dia menampar seorang tentera rejim itu viral di media sosial.


KEMPEN MENENTANG PENDUDUKAN ISRAEL
Ahed Tamimi, 17, yang berkempen menentang pendudukan Israel di Tebing Barat ditahan semalam, bersama ibunya selepas video itu dikongsi secara meluas oleh media Israel.

Dalam rakaman video itu, tentera Israel dilihat tidak memberikan sebarang reaksi ke atas perbuatan berkenaan.

Menurut bapanya, tempoh tahanan Ahed dilanjutkan hingga 25 Disember ini tanpa sebarang sebab atau pengesahan dari pihak tentera.

Terdahulu, rejim Zionis menahan seorang gadis Palestin berusia 21 tahun dikenali sebagai Nour Naji Tamimi yang juga sepupu kepada Ahed dan seorang lagi wanita.

Video itu dipercayai dirakam berhampiran kediaman keluarga Tamimi di Nabi Saleh, utara Ramallah di Tebing Barat semasa tunjuk perasaan ke atas Presiden Donald Trump diadakan.
SUSULAN VIDEO VIRAL
Israel menahan wanita Palestin ketiga hari ini susulan video viral menunjukkan tentera Zionis ditampar di Tebing Barat.

Penduduk berkata, tentera Israel menahan Nour Naji Tamimi, 21, dari perkampungan Nabi Saleh di utara bandar ini.

Sepupu wanita itu, Ahed Tamimi, 17, seorang juru kempen terkenal menentang penjajahan Israel ditahan semalam bersama ibunya.

Video dirakam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbit menunjukkan dua gadis Palestin mendekati dua tentera Israel sebelum menolak, menendang dan menampar mereka sambil merakamnya menggunakan telefon bimbit.

Tentera Zionis mengesahkan membuat tangkapan ketiga susulan insiden itu.
ADA KELUARGA DITEMBAK DIKEPALA
Tamimi dijangka dihadapkan ke mahkamah tentera hari ini. Video itu dirakam di tangga rumah Tamimi ketika bantahan sehari selepas Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Penduduk Palestin mengkritik penahanan Ahed ketika tengah malam di media sosial, mempertikaikan hak penduduk menolak penjajahan tentera.

Seorang anggota keluarga Tamimi ditembak di kepala dengan peluru getah ketika bantahan Jumaat lalu, kata keluarganya. – AFP

Sumber : BICARA ISLAM Via Berita Harian