TIPS: Wangikan Rumah Dengan Campuran Pelembut Fabrik Serta Cuka Berkesan

Bagi wanita yang sibuk bekerja, hari minggu adalah waktu yang terbaik untuk bersihkan rumah daripada segala habuk dan kotoran. Maklumlah sibuk bekerja kan.

Let’s check it out beberapa cara mudah untuk pastikan rumah anda semua berada dalam keadaan wangi dan bersih.

1. Hilangkan Habuk Yang Melekat Pada Perabut

Ini antara masalah terbesar dalam rumah. Kadang-kadang rasa marah sebab dah di lap berkali-kali tetapi rumah dan perabut cepat sangat berhabuk.

Jom ikut petua ini;

1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air

Caranya: Bancuh pelembut fabrik bersama air kemudian kacaukan. Ambil tuala bersih celupkan ke dalam bancuhan tadi dan lapkan pada semua perabut anda. Dengan cara ini habuk tidak akan mudah melekat pada perabut malah rumah juga akan bertambah wangi.

2. Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit dan berminyak sememangnya membuatkan kita rasa tidak selesa. Setiap kali lepas masak mesti kena mop satu dapur kan. Cara ini mungkin akan membantu anda;

1 penutup pencuci lantai
1 penutup Cuka
Air panas

Sapu segala sampah yang ada pada permukaan lantai dahulu. Satukan kesemua bahan diatas dan bilas dengan mop yang bersih. Mop keseluruhan permukaan lantai dan anda akan mendapati lantai yang licin dan berkilat. Mesti cuba tau.

3. Wangikan Rumah

Anda boleh gunakan cara ini selain daripada menggunakan penyegar udara untuk memastikan rumah sentiasa berbau wangi.

1 penutup pelembut fabrik
1 penutup cuka

Campurkan kedua-dua bahan diatas dan masukkan ke dalam botol spray. Semburkan pada langsir dan kesemua perabut fabrik di rumah anda untuk mendapatkan lagi udara yang bersih dan wangi. Baunya juga tahan lebih lama.

4. Cantikkan Bilik Air

Bilik air ni penting bila tetamu datang ke rumah. Mesti la kita ingin pastikan mereka selesa gunakan tandas dirumah kita kan.

1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Campurkan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam botol spray. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Bilik air anda akan berbau segar dan harum. Tak percaya! Cuba lah. – utaranews.com

Sumber: utaranews