TERKINI @HARIAN METRO 10:56 PM…!! 14 pondok Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir musnah terbakar

EMPAT belas unit pondok Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir Kota Bharu musnah dalam kebakaran jam 7.50 malam tadi.

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.
 Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir atau lebih di kenali dengan Pondok Beta Hilir yang diasaskan oleh seorang alim tempatan iaitu Almarhum Tuan Guru Mohamed Mat Diah lebih mesra dengan panggilan Tok Guru Pak Su Mat.

 Beliau mula menubuhkan madrasah itu pada tahun 1966 setelah kembali ke kampung halaman iaitu Kampung Beta Hilir dan mendirikan rumah tangga dengan Wan Mek@Wan Limah Bakar yang berasal Kampung Salor Kota Bharu Kelantan.
Berita selanjutnya akan menyusul…

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 10:56 PM

Sumber: hmetro
 

Laporan Selanjutnya…

KOTA BHARU – Sebanyak 14 unit kediaman kayu Pondok Muhammadiah Beta Hilir musnah dalam kebakaran di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu disedari seorang pelajar pondok ketika dia bersama 187 penghuni pondok sedang membaca yasin selepas solat Maghrib dalam masjid berhampiran kawasan kejadian.

Ahmad Faizuddin Zulkifki, 18, berkata ketika kejadian dia menyedari api bermula dari dalam pondok dan nampak kebakaran terus merebak.

“Selepas itu saya terus panggil semua rakan dan kami sempat selamatkan beberapa buah tong gas dan kitab yang ada dalam pondok.

“Namun barangan lain tidak dapat diselamatkan kerana api begitu cepat marak dan terus merebak,” katanya.

Menurutnya, dia bersama rakannya cuba memadamkn api dengan mengambil air di kawasan kolah masjid namun kebakaran makin merebak dan ketika itu ada penduduk cuba menghubungi bomba.

Sementara itu kakitangan madrasah,  Mohd Hanif Mohd Razali, 28, berkata,  selepas menyedari tentang kejadian itu,  saya turut melaungkan azan.

“Namun usaha kami masih tidak berhasil dan akhirnya bomba tiba dan membantu memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Kanan II, Hussin Ab Rahman berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 8.10 malam dengan empat jentera dari tiga balai termasuk Ketereh, Tunjong dan Darul Naim.

“Kita berjaya kawal api pada jam 8.20 malam dan operasi masih diteruskan.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan hanya kediamam pondok yang musnah. Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan berhubung punca dan kerugian yang ditanggung akibat kejadian itu, ” katanya.

foto: hmetro

Sumber: sinarharian