‘TERBONGKAR! 6 Sisi Gelap Disebalik Industri Muzik K-Pop Yang Menjadi Punca Kemurungan Di Kalangan Artis’

K-pop atau Pop Korea (کي-ڤوڤ atau ڤوڤ کوريا) (Inggeris: Korean Pop) ialah sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakkan artis dan kelompok pemuzik dari Korea menggunakan aliran muzik ini. K-Pop ini mengandungi campuran genre hip-hop, elektro, pop, rock dan R&B. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea.[1]

Melalui kehadiran halaman peminat Facebook, ketersediaan iTunes, profil Twitter dan video muzik di YouTube, kemampuan K-pop untuk mencapai penonton yang sebelum ini tidak dapat dicapai melalui Internet telah memacu satu anjakan paradigma dalam pendedahan dan kepopularan genre ini.[2] Budaya popular Korea Selatan pada hari ini merupakan pemacu utama budaya belia di seluruh Lingkungan Pasifik terutamanya di Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Vietnam. Genre ini sedang mengembangkan pengaruhnya di rantau ini, sama seperti muzik Amerika di Eropah pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Fenomena K-Pop boleh dikatakan tular di seluruh dunia sehinggakan memberi impak kepada industri muzik di Amerika Syarikat yang mempelopori industri ini.

Antara kumpulan yang mendapat sambutan paling hangat di dunia termasuklah Big Bang, BTS, EXO, Girls Generation dan banyak lagi, yang mengalahkan artis-artis terkemuka negara Uncle Sam itu.

Namun, disebalik kejayaan K-Pop, terdapat realiti yang sangat perit dan dahsyat yang mungkin membuatkan anda geleng kepala. Kami  ingin berkongsi 6 realiti sebenar disebalik industri muzik K-Pop.
1. Perhambaan
kontrak kpop yang sangat berbahaya

Ada beberapa sebab kontrak K-pop dilabelkan sebagai kontrak perhambaan. Menurut Prince Mak, artis K-Pop biasanya harus menandatangani kontrak untuk jangka masa 7 hingga 15 tahun.

Tempoh itu tidak dikira sekiranya artis tersebut masih dalam latihan dan hanya mula dikira selepas kemunculan pertama. Jadi, berkemungkinan artis tersebut dilatih selama 10 tahun dan kontrak bermula selepas tahun ke-10. Ketika ini, segala hak ke atas diri mereka hilang dan dikawal oleh pihak syarikat.

big bang antara kumpulan kpop paling terkenal di dunia 112

Artis harus melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh syarikat. Lebih buruk, hampir kesemua keuntungan yang dijana dikaut oleh pihak syarikat, sehinggakan menyeksa artis itu sendiri.

Junyool dari kumpulan Stellar memberitahu bahawa keadaan sangat teruk sehinggakan mereka sekumpulan terpaksa berkongsi satu hidangan makanan kerana ketiadaan wang. Situasi ini boleh membuatkan mereka mengalami tekanan sehinggakan sanggup mengambil nyawa sendiri.

Artis K-Pop harus membayar wang ganti rugi yang sangat tinggi jika ingin berhenti.
2. Pelacuran
artis kpop wanita menjadi mangsa pelacuran 137

Aspek yang paling menjengkelkan dalam menjadi idol K-pop adalah ramai di antara mereka yang dieksploitasikan dan didera oleh pihak pengurusan. Terma penajaan dijadikan alasan untuk menggunakan artis wanita sebagai pengiring (escort girl) bagi ahli perniagaan yang berkuasa dalam industri ini.

 

Menurut Seoul Beats, CEO sebuah syarikat, Kang, dijatuhkan hukuman 20 bulan penjara dan denda RM72,500 selepas tahanan kedua terhadap tuduhan melacurkan kliennya.
3. Pembedahan plastik
pembedahan plastik seolah olah satu kemestian 139

Berita selebriti mendapatkan khidmat pembedahan plastik bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Namun artis K-Pop melakukannya dengan lebih dahsyat. Menurut The Atlantic, 1 daripada 5 wanita Korea menjalani pembedahan plastik di mana ramai artis K-Pop melakukannya secara menyeluruh untuk kelihatan seperti watak anime.

Ia sehingga memerluka prosedur yang sangat melampau dimana bahagian dagu harus dipecahkan dan dibentuk menjadi bentuk “V” kerana wajah berbentuk bulat dianggap sebagai tidak menarik.

Lebih buruk, pembedahan yang dijalankan ke atas artis-artis ini tanpa kerelaan mereka, kerana pihak pengurusan mempunyai hak ke atas mereka.
4. Peminat fanatik
peminat fanatik boleh menyebabkan bahaya

Jika dibandingkan, peminat K-Pop di Korea Selatan dianggap paling fanatik di dunia. Menurut laporan media Australia, peminat-peminat kumpulan TVXQ menggodam talian telefon ahli kumpulan tersebut bagi mendengar perbualan mereka. Malah, ada yang memecah masuk ke apartment mereka hanya untuk mencium idola mereka ketika tidur.

surat yang ditulis dengan darah

Kumpulan peminat paling fanatik yang dikenali sebagai “sasaeng” melakukan perkara yang lebih ekstrem seperti memasang kamera dalam rumah idola, menulis surat cinta menggunakan darah haid dan ditaburkan bersama bulu kemaluan, serta mencuri air kencing dari tandas kumpulan K-Pop untuk dijual.

Jika peminat fanatik sudah menakutkan, pembenci artis-artis K-pop lebih berbahaya. Mereka cuba sedaya-upaya untuk mensabotaj artis tersebut. Dalam satu kes, satu petisyen atas talian dijalankan dan mendapat lebih dari daripada 3,000 tandatangan merayu supaya ahli kumpulan 2PM, Jaebeom supaya membunuh dirinya.
5. Masalah kesihatan
beberapa artis kpop sering pengsan ketika menjalani latihan dan konsert

Jika anda ingin menjadi artis K-Pop, bersedia untuk bekerja keras. Menurut SBS, waktu bekerja bagi artis K-Pop biasanya selama 20 jam sehari. Ia menjadi perkara biasa jika artis K-Pop dimasukkan ke hospital akibat keletihan dan masalah kesihatan.

Disebabkan terlalu kerap pengsan, ia dianggap sebagai trademark kepada Krystal Jung dari kumpulan Fx. Sehinggakan beliau pernah pengsan di sebuah konsert dan mikrofon masih berada dalam genggaman, kerana ia dianggap sebagai profesionalisma.

bentuk badan ramping adalak satu kemestiaan bagi artis kpop

Dan seperti yang dijangkakan, artis K-Pop harus mengekalkan bentuk dan berat badan, sehinggakan CEO syarikat sendiri yang melakukan proses meninmbang berat badan bagi memastikan semua berada dalam keadaan yang ditetapkan. Ia membuatkan ramai artis K-Pop terpaksa berlapar bagi mendapatkan bentuk badan sebegitu.

 
6. Tiada kebebasan dalam muzik
kumpulan 2pm

Sebagai artis K-Pop, mereka tidak mempunyai hak dalam menyuarakan atau memberi idea berkenaan muzik. Segalanya dilakukan dan diaturkan oleh pihak pengurusan, dan artis hanya perlu mengikut apa yang diarahkan.
Budaya Remaja Islam Malaysia Terlalu Obses Terhadap K-pop Membimbangkan
 

gambar penyanyi kpop bunuh diri jonghyun

Penulisan ini ditulis Dr. Syahr Musafir di laman Facebooknya dan pihak iluminasi mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.

jonghyun dikatakan mati kerana bunuh diri

Kematian seorang artis k-pop ‘jenama’ SHINee bernama Jonghyun diratapi seluruh dunia sehinggakan para peminat dari serata Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur secara besar-besaran nak merintihi pemergian artis kesayangan.

gambar penyanyi kpop bunuh diri jonghyun

Orang Cina, India dan pelbagai dengan latarbelakang Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya saya tak nak komenlah, tetapi apa pasal orang Melayu Islam yang pakai tudung litup pun join sekaki?

Dalam Islam, kita tak dilarang menghiburkan diri. Namun orang berakal akan faham bahawa setiap hiburan ada had dan limit tersendiri yang perlu dijaga dan dibatasi.

gadis islam malaysia meratapi kematian jonghyun

gadis islam malaysia meratapi kematian jonghyun

Satu aspek yang kita kena tegaskan adalah para remaja yang tak reti nak bezakan antara berhibur dengan obses pada artis k-pop. Sesetengah anak muda kita bukan setakat minat, tetapi sampai tahap mereka menTuhankan artis-artis k-pop ini dalam kehidupan mereka.

seorang gadis kelihatan memegang placard tertulis jonghyun

Bukan setakat tampal gambar dan poster di dinding, buku dan dompet, tetapi segala barang dipaparkan gambar artis kegemaran, tidur pun termimpi-mimpi, dalam doa pun menyebut nak kahwin dengan artis k-pop sekian-sekian, macam artis k-pop itu Tuhanlah.

Satu sudut pandang yang lain adalah betapa ibu bapa tak kisah anak-anak remaja ini yang obses pada dunia k-pop.

Saya hormat pada ibu bapa yang menasihat dan membantah para remaja yang gila k-pop ini, tetapi saya bangkang para ibu bapa yang sekaki sejiwa menyokong anak-anak mereka sendiri yang makan k-pop, tidur k-pop, segala benda k-pop.

Tolonglah faham anak-anak adalah untuk dididik menjadi masyarakat Muslim yang benar dan soleh, bukan nak suruh Melayu yang gilakan k-pop.

Eh, kau ni nak salahkan k-pop ke?
Tak, bukan nak salahkan k-pop. Tetapi nak sedarkan orang kita yang obses melampau dengan k-pop macam k-pop tu agama dan Tuhan.

Kita ajak berdoa untuk Palestin tak mahu, tetapi sanggup berhabis duit, masa, tenaga untuk join perhimpunan mendoakan artis k-pop. Orang sebegini kalau tak dengar nasihat secara lembut, memang layak dimarah kasi sentap!

awasi anak anak gadis kita supaya tidak keterlaluan terhadap sesuatu

Sikap gila k-pop ini membunuh!

Membunuh jati diri, membunuh iman dalam diri, membodohkan diri sendiri.

Susulan daripada itu, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, Mufti Perak, memberikan komen mengenai perkara ini.

tan sri dr harussani zakaria

tan sri dr harussani zakaria

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?” ujarnya

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Perkara tersebut yang merupakan budaya orang bukan Islam kini kian menjadi ikutan remaja Islam.

sumber: iluminasi via penviral