Senarai 10 Kata Laluan Paling Teruk Yang Digunakan Untuk Tahun 2017 Dari Laporan SplashData

Pengguna-pengguna digital dilihat masih lagi belum menggunakan kata laluan yang selamat. Melalui laporan SplashData, senarai password atau kata laluan yang paling teruk dan paling banyak digunakan ialah kata laluan “123456” dan “password”. Dua kata laluan ini menduduki tempat paling teratas dalam senarai password paling teruk.

Password-password lain yang teruk adalah ‘qwerty’ (4), ‘admin'(11), dan ‘login'(14) turut berada di senarai atas.

Berikut adalah senarai top 10 password paling teruk yang digunakan oleh pengguna digital pada tahun 2017.

1 – 123456 (Tidak berubah)
2 – password (Tidak berubah)
3 – 12345678 (Naik 1 anak tangga)
4 – qwerty (Naik 2 anak tangga)
5 – 12345 (Turun 2 anak tangga)
6 – 123456789 (Baru)
7 – letmein (Baru)
8 – 1234567 (Tidak berubah)
9 – football (Turun 4 anak tangga)
10 – iloveyou (Baru)

Kalau password yang anda guna terdapat dalam senarai password paling teruk, kami cadangkan anda untuk menukar kata laluan anda sekarang.

Sumber: sinar.fm/