‘MEREMANG BULU ROMA BILA TIBA-TIBA BANDUAN ITU LAFAZKAN TALAK…”SAYA MENCERAIKAN ISTERI SAYA DENGAN TALAK SATU’

Ini bukan kisah dalam drama tapi realiti yang berlaku di depan mata wanita bernama Fauzana Ismail. Sementara menunggu kesnya disebut di mahkamah syariah dia sempat melihat satu kes penceraian yang cukup menyedihkan antara seorang banduan yang dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dengan si isteri.

Walau tidak punya apa-apa kaitan kekeluargaan tapi apa yang berlaku di depan matanya cukup terkesan di hati. Semoga kisah ini juga menjadi pengajaran buat kita semua.
Dia datang dengan baju penjara sambil tangan bergari
Mungkin anda selalu tengok scene penceraian dalam mahkamah kat mana2 drama melayu tapi bila anda sendiri berada di dalam mahkamah menyaksikan sendiri depan mata, apa yg saya boleh cakap…SEBAK,SEDIH…walaupun defendan & plaintif tu takde kaitan pun dengan kita…
.
Hari ni saya berpeluang menyaksikan satu penceraian berlaku antara seorang banduan yang di jatuhi hukuman penjara 20 tahun. Dia datang ke mahkamah dengan berbaju penjara berwarna biru sambil tangan bergari & diiringi 4 orang pegawai penjara.

si isteri menfailkan fasakh selepas 9 tahun suami di penjarakan, suami masih ada 11 tahun lagi hukuman penjara..(waktu dia sampai dalam mahkamah anak2 datang bersalam dengan bapak dia….dengan tangan bergari dia peluk cium anak2 dia…)

Si isteri datang pada suami minta maaf, berjanji jaga anak sebaiknya
Dipendekkan cerita,pada awlnya si isteri memohon fasakah tapi setelah berbincang hakim tanya persetujuan kedua pihak samada nak teruskan fasakh atau mahu bercerai secara fast track..mereka kemudian terus mengisi borang permohonan bercerai secara fast track dan dan permohonan fasakh dibatalkan.

Ketika hakim bersetuju untuk penceraian berlaku dimana hakim minta kedua2 pasangan saling bermaafan dan si isteri datang kepada suami salam, minta maaf, minta dihalalkan makan minum selama berumahtangga. Dia berjanji akan menjaga anak2 sebaiknya sambil dia minta maaf berjujuran air mata dia jatuh.
Kalau anda tengok depan mata, anda akan rasa apa yang saya rasa
Mungkin bagi mereka yang tak berpeluang melihat sendiri depan mata penceraian di dalam mahkamah mereka tak kan faham situasi dan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku  tapi percayalah kalau anda ada peluang untuk tengok sendiri depan mata saya yakin anda juga akan rasa apa saya rasa.

Tiba-tiba bulu roma kau akan rasa meremang bila lelaki melafazkan talak…”saya menceraikan isteri saya dengan talak 1 (saya sudah pun merasai pengalaman itu 3 tahun lepas, jadi saya tau apa isteri dia rasa waktu talak dijatuhkan..dunia rasa gelap..lutut rasa lembik…badan rasa terawang awangan).

Allah…sebak rasa…tiba2 air mata terus jatuh…
Tiada seorang perempuan pun yang mahu jadi ibu tunggal
Saya pinjam kata2 tuan hakim tadi;
“Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda, apabila seorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah”

“Tidak ada seorang perempuan yang datang ke mahkamah memfailkan penceraiannya di sebabkan hal yang baru berlaku semalam atau baru minggu lepas terjadi….selalunya seorang perempuan tu dah ambil masa yang lama untuk dia terus nekad dan full-hearted meneruskan permohonan penceraiannya”

Kepada kawan-kawan sekalian, jagalah rumah tangga anda, peliharalah rumahtangga kalian. Bajalah ia dengan penuh kasih sayang. Hargailah pasangan anda..selagi dia masih ada bersama anda. Jangan la kita sibukkan dengan kisah rumah tangga orang lain.

Orang nak kawin 2 ke nak kawin 3 ke biarlah itu hak diorang, yang penting kita ni masing2 jaga rumah tangga kita. Nasib kita belum tentu lagi. Takut-takut hari ni kita mengata orang, perkara tu berbalik kepada kita. Itu sebab kenapa saya tak pernah keluarkan komen kalau ada kisah jadi isteri no 2, no. 3 sebab saya ada ramai kawan2 yang menjadi isteri no.2.
Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri
Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri yang mana dulu saya dengan angkuh cakap pasangan saya tak akan ada yang lain tapi kemudian sebaliknya terjadi. Tu pengajaran untuk saya bila melibatkan soal begini mulut kena jaga sebab takut….takut benda tu berbalik pada diri sendiri.

(entry ini ditaip semasa menunggu giliran perbicaraan saya dari pkl 9.00 pagi -11.45 pagi saya giliran ke-19 dari 20 kes.tq defendan kerana tidak hadir ke mahkamah buat kali ke-3 berturut-turut walaupun waran tangkap telah dikeluarkan….tq kerana membazirkan masa saya setengah hari di mahkamah hari ini, tq untuk segalanya apa yang awak dah buat dekat saya..semoga allah membalas seadilnya).

Saya izinkan entry ini dishare,tak perlu minta kebenaran.

salam sayang ❤
fauzana binti ismail

Sumber : Fauzana Ismail; Vanillakismis via infokini