Mengapa Kita Tidak Boleh Mengucap “ISRAEL LAKNATULLAH”

Mengapa?

Mengapa?

Kamu Mencela Israel Sedangkan Itu Nama Nabi Ya’kub Alaihisalam

Baru baru ini dengan conflict yang telah dilakukan oleh Rejim Zionist Laknatullah terhadap Palestine sudah membangkit kemarahan umat manusia lagi lagi umat islam. Kemarahan ini memang sepatutnya ada dan kami umat islam juga lebih diutama untuk merasa marah dan tidak puas hati kerana saudara kita dizalimi.
Tetapi ada yang melampaui batas hingga mereka mencaci dan mencela dan ada yang hingga melaknat ISRAEL. Memang niat itu hendak mencela negara Israel dan bukan lah terhadap Nabi Allah Ya’kub Alaihisalam yang digelar Israel juga.
Jadi persoalannya adakah ini dibolehkan walaupun niat kita bukan hendak mencela seorang Nabi Allah?
Israel adalah gelaran bagi Nabi Ya’kub Alaihisalam
Allah ta’ala berfirman:

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ
“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israel untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan.” (QS. Ali Imran: 93)

Israel yang pada ayat di atas adalah Nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Dan nama ini diakui sendiri oleh orang-orang yahudi

Apa erti Israel?

Kata “Israil” merupakan susunan dua kata israa dan iil yang dalam bahasa arab artinya shafwatullah (kekasih Allah). Ada juga yang mengatakan israa dalam bahasa arab artinya ‘abdun (hamba), sedangkan iil artinya Allah, sehingga Israil dalam bahasa arab artinya ‘Abdullah (hamba Allah). (Simak Tafsir At Thabari dan Al Kasyaf untuk surat Al Baqarah ayat 40)

Hujjah Pertama

1. Israel adalah nama gelaran bagi Nabi Yakub Alaihisalam. Meskipun niat kita bukan hendak mencela baginda a.s

Allah melarang para sahabat untuk menggunakan kalimat yang disalah gunakan oleh Yahudi ketika memanggil Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): “Raa’ina”, tetapi Katakanlah: “Unzhurna”, dan “dengarlah”. dan bagi orang-orang yang kafir siksaan yang pedih. (QS. Al-Baqarah: 104)
Kata raa’ina memiliki dua kemungkinan makna,
Diturunkan dari kata raa’a – yuraa’i yang artinya perhatikan. Sehingga raa’ina bermakna perhatikanlah kondisi dan keadaan kami.
Diturunkan dari kata ru’unah, yang artinya orang bodoh. Sehingga kata raa’ina bermakna ’orang bodoh di kalangan kami.’
Jadi para sahabat menggunkana perkataan “Raa’ina” dengan makna yang pertama iatu
“Ya Rasulullah raa’ina” iatu “Wahai Rasulullah, perhatikanlah kami..
Tetapi pada masa yang sama puak Yahudi menggunakan perkataan yang sama dengan maksud yang kedua iatu
“Ya Muhammad raa’ina” iatu “Wahai Muhammad orang bodoh di kampung kami.”

Maka Allah swt menurukan ayat tersebut sebagai teguran dan menyuruh mereka untuk menggunakan perkataan yang lain iatu undzurnaa, yang maknanya sama.

Di sini jelas, kita yakin bahawa Para Sahabat tidak ada niat sekali hendak menggunakan maksud yang kedua terhadap nabi. Tetapi kerana perkataan itu mempunyai dua maksud yang berlainan dan Allah swt menyuruh untuk gunakan perkataan yang lain.

Begitu juga dengan maksud Israel iatu boleh jadi disandarkan kepada Nabi Ya’kub Alaisalam tetapi boleh juga disandarkan kepada Negara Israel, Walaupun tidak ada niat sekali pun untuk mencela Nabi Ya’kub tetapi guna lah perkataan lain seperti Yahudi, Zionist dan sebagainya.

Hujjah Kedua
Allah menyebut yahudi dalam al-Quran dengan dua nama; Yahudi dan Bani Israil.
Sebagai mukmin yang baik, kita selayaknya lebih mengedepankan istilah yang Allah gunakan dari pada istilah buatan manusia. Karena ini termasuk bentuk menjaga keotentikan syiar islam.
Kerana Allah gelarkan Yahudi dan Bani Israel maka kita elak dari menggunakan istilah baru iatu “Israel” yang disandarkan kepada Negara Israel.
Hujjah Ketiga

Celaan dan makian ini boleh disasarkan kepada Nabi Ya’kub.
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdakwah di Mekkah, orang-orang musyrikin Quraisy mengganti nama Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Mudzammam (manusia tercela) sebagai kebalikan dari nama asli Beliau Muhammad (manusia terpuji). Mereka gunakan nama Mudzammam ini untuk menghina dan melaknat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mudzammam gila, Mudzammam tukang sihir, dst. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak merasa dicela dan dilaknat. Karena yang dicela dan dilaknat orang-orang kafir adalah “Mudzammam” bukan “Muhammad”. Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidakkah kalian heran, bagaimana Allah mengalihkan laknat dan celaan orang Quraisy kepadaku. Mereka mencela dan melaknat Mudzammam sedangkan aku Muhammad.” (HR. Ahmad 7331, Bukhari 3533, dan Nasai 3438)

Di sini, bahawa apa yang dicela dan dilaknat oleh Puak Yahudi sebenarnya tidak disasarkan kepada Rasulullah SAW kerana Nama baginda SAW bukan lah Muzammam tetapi Muhammad SAW.
Walaupun memang benar bahawa puak Yahudi berniat untuk mencela Nabi SAW tetapi Baginda SAW tidak anggap itu sebagai celaan kepada baginda SAW sebab itu bukan nama baginda saw.
Maka begitu juga, boleh jadi orang yang suka mencaci dan menlaknat Israel disasarkan kepada Nabi Ya’kub Alaihisalam kerana itu memang nama baginda.
Hujjah Keempat

Nama Israel seperti dibincangkan maksud dia sangat baik iatu Kekasih Allah atau Hamba Allah. Jadi bukan perkara yang baik jika kita menlaknat nama itu dan mencaci ia.
Jadi elak kan lah dari menggunakan nama Israel. Gunakan nama seperti Yahudi, Bani Israel maupun Rejim Zionist.
Wallahualam

Sumber: petuaviral.com via kakitular

Link: http://kakitular.com/mengapa-kita-tidak-boleh-mengucap-israel-laknatullah/

SETERUSNYA…

Inilah 5 Benda Di Bumi Yang Berasal Daripada Syurga Allah, No 2 Ada Di Malaysia!

Image result for Batu Maqam Nabi Ibrahim

Syurga menjadi tempat terindah yang ingin dituju setiap manusia. Di dalamnya ada kenikmatan yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya. Manusia berlumba untuk boleh ditempatkan disana dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah.
Memang, syurga saat ini masih menjadi misteri Illahi.

Namun Nabi Muhammad SAW menggambarkan bagaimana indahnya tempat ini. Ada istana yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya, bidadari yang cantiknya tiada tara, buah-buahan yang boleh dipetik bila-bila saja, sungai, serta batuan indah lainnya.…

Tapi tahukah anda bahawa ternyata ada benda-benda dari syurga yang keberadaannya sampai ke bumi kita? Salah satu diantaranya bahkan ditemukan di Indonesia dan Malaysia. Apa saja kelima benda tersebut? Berikut ulasannya.

1. Hajar Aswad

Hajar Aswad sangat dikenali bagi umat Islam. Batu hitam yang berada di salah satu sisi Kabbah ini dipercaya berasal dari syurga. Berdasarkan hadist, Hajar Aswad dibawa langsung oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu membangun Kabbah.

Dari Abdullah bin Amru berkata, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kamu masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).

Rasulullah SAW bersabda “Hajar Aswad turun dari syurga, batu tersebut begitu putih, lebih putih dari pada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam”. (H.R. Tirmidzi 877).

“Hajar aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih putih dari salju. Dosa orang-orang musyriklah yang membuatnya menjadi hitam.” (HR. Ahmad 1: 307)

2. Kayu Gaharu

Kayu Gaharu juga dipercaya menjadi salah satu hal yang berasal dari syurga. Di Indonesia, Gaharu banyak ditemukan di merauke papuan, di borneo Kalimantan, Sulawesi dan di sebagaian Pulau Sumatra. Kayu ini memecahkan rekod sebagai kayu termahal di dunia. Kayu gaharu yang mengandung gupal boleh berharga hingga puluhan ribu ringgit sekilo. Produk olahan dari kayu gaharu, berupa dupa, gelang, kalung dan tasbih gaharu.

Pohon dan kayu gaharu menjadi tenar dan mahal lantaran mengandung resin akan berbau harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik atau ubat-ubatan. Kayu gaharu menjadi salah satu komodi eksport di Indonesia.

Gaharu terhasil daripada tindak balas imun pokok daripada jangkitan penyakit dan kulat. Pokok yang cedera menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan mikrob. Pokok yang dijangkiti tetapi berimun lemah menyebabkan penyakit terbentuk pada pokok seterusnya menyebabkan pembentukan gaharu daripada nutrien pokok. Resin yang terhasil dari proses ini mengandungi bahan sari atau resapan berbau wangi. Resin itulah yang kita kenali sebagai gaharu.

Komoditi gaharu kini sangat terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, di kalangan masyarakat Cina, ia dipanggil Chen Xiang, Jin-Ko di Jepun, dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab. Kayu gaharu termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ merupakan antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya terdapat empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.

Gaharu sebagai tanaman mudah

Sesuai dengan statusnya sebagai pokok hutan, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang melampau dan amat mudah untuk ditanam berdasarkan prinsip Empat T iaitu Tanam, Tinggal, Tengok-tengok dan Tuai. Pokok ini hanya memerlukan pencahayaan sebanyak 45 hingga 75 peratus sahaja sehari serta boleh menyesuaikan dirinya dengan pelbagai jenis tanah.

Anak benih terbaik untuk penanaman berumur daripada empat bulan ke satu tahun kerana ianya mudah untuk diangkut serta pembentukan akar yang sedang berkembang untuk mencengkam tanah, mengelakkannya daripada mudah tumbang. Penanamannya juga tidak memerlukan ladang terbuka. Ia lebih sesuai ditanam di dalam kongsi atau hutan asli untuk pembesaran yang lebih sempurna. Untuk penanaman secara intensif, 0.4 hektar tanah mampu menampung kira-kira 450 hingga 1, 000 batang pokok pada satu-satu masa.

Dari Abu Hurairah radliyalahu ‘anh, bahwa Rosulullah Shallallahu ‘alayhi wa Sallam bersabda : “Golongan penghuni surga yang pertama kali masuk surga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhori).

3. Batu Maqam Nabi Ibrahim

Batu ini terletak disisi Kabbah. Dahulunya menjadi pemijak Nabi Ibrahim ketika membangun Kabbah. Ketika nabi ibrahim perlu meletakkan batu-batuan dan tanah pada tempat yang tinggi dari ka’bah maka nabi hanya cukup berdiri diatas batu maqam tersebut, sehingga batu tersebut megangkat nabi ke atas, dan ketika selesai maka ia turun pula dengan sendirinya ke bawah hingga mendekati nabi ismail yang berada di bawah untuk mengambil batu-batuan bangunan.

Pada batu tersebut masih tampak bekas kedua telapak kaki Nabi ibrahim. Dahulunya batu ini memancarkan cahaya putih seperti Hajar aswad, namun allah telah memadamkan cahayanya karena seandainya cahaya tersebut masih ada, digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka akan menerangi seluruh bagian yang ada di antara ufuk timur dan ufuk barat.

Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda, “Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari surga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian niscaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.…..

4. Daun Tin

Saat nabi Adam as memakan buah khuldi, maka seketika itu pula terlepaslah pakaian nabi adam tanpa sehelai benang pun di tubuh beliau, kemudian nabi adam pun mengambil dedaunan yang ada di surga untuk menutupi tubuhnya karena malu, namun dedaunan tersebut malah menjauh dari beliau, tapi ada satu dedaunan yang merasa sedih kepada nabi Adam yaitu daun-daun pohon Tin, karena daun Tin tidak sanggup melihat kondisi nabi adam pada saat itu. Inilah daun-daunan yang sangat berjasa bagi nabi Adam sehingga daun Tin ini Allah berikan kelebihan padanya berupa buah yang manis tanpa berbiji.

5. Cincin Nabi Sulaiman

Wahab bin Munabih mengatakan bahwa cincin Nabi Sulaiman dikenal dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman” yang diciptakan Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya berasal dari langit yang memiliki empat sisi diantara sisinya tertulis kata :

Pada sisi pertama tertulis “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” Artinya : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.

Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki ”

Pada sisi ketiga tertulis “Kullu syai’in haalikun illallah” Artinya : Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah. .

Dan pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” Artinya : Maha suci engkau wahai Tuahanku yang tidak ada sekutu bagimu.

Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan.di mana angin sebagai kendaraannya, Manusia dan Jin sebagai bala tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang buas sebagai pekerjanya, dan para Malaikat sebagai utusannya.

Beliau pernah berdoa kepada Allah meminta kerajaan yang tidak pernah ada yang menyamai setelahnya. sebagaimana firman Allah Swt : “Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugrahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35)

Wallahualam…..

Sharing is Caring

*gambar sekadar hiasan

Sumber foto : google

Sumber : http://www.infoyunik.com

via mymediaprima.today

Link: http://mymediaprima.today/2017/12/inilah-5-benda-di-bumi-yang-berasal-daripada-syurga-allah-no-2-ada-di-malaysia/

Sumber: ohgebang.com