makanan yang paling sedap adalah isteri orang – lelaki bujang

makanan yang paling sedap dalam dunia ni adalah isteri orang – lelaki bujang  As salam admin..nanti tolong hide kan fb saya. Saya nak share pengalaman saya komen kat KRT ni. Rupa-rupanya ada satu mahluk duk perhati saya. Lama- lama dia add saya.

Dia kata dia tertarik baca komen- komen saya. Lain dari yang lain.. katanya.Dia kenalkan diri sebagai lelaki bujang berumur lewat 20han. Tapi banyak skandal dengan perempuan.

Suatu hal yg menyebabkan saya terasa sgt bertanggung jawab untuk kongsi dalam krt ni …bila dia kata ” makanan yang paling sedap dalam dunia ni adalah isteri orang..”

Admin fikir tak apa yang saya fikir…?

Allahu. Akhir zaman dah ni. Sedih bila dengar dia bercerita dengan bangganya macam mana dia berzina dengan isteri- isteri orang tu..

Saya cuma berkawan dengan dia..sebab dia tak minat perempuan tua macam saya..haha. Walau pun dia mengaku pada awalnya niat dia add saya sebab nak try saya.

Tapi pening la dengar cerita- cerita dia tu.. Yang asyik berganti perempuan. Semua bini orang.Rata-rata skandal dia tu isteri yang berkerjaya. Ada yang Cikgu, nurse..Ada juga isteri kawan sendiri.

Tak tau nak cakap..setiap kali dia bercerita, saya rasa sedih. Apa penyakit yang dah menimpa masyarakat kita sekarang? Biasa kita dengar kes suami curang… Tapi kita tak sedar kes isteri curang pun sudah membarah dalam masyarakat – Sumber KRT

Antara komen-komen di page tersebut terhadap perkongsian ini

Bini org pun mudah beno nk rasa batang org lain .. Urmm mintak jauh lh .. Ya Allah berikan hidayahmu utk kaum² mcm nie amin.. Igt lagi satu ayat yg prnh d dgr .. “Main ngn bini org x luak” .. Nk main ngn ank dara payah .. Allahu .. Mintak d jauhN malapetaka mcm nie ..Aresya Amzar Ammar

Kalau dia minat, ko pun bakal terjerumus kak… Akhir zaman betul dah ni. Harapnya akak boleh elakkan. Ko jaga diri baik2 kak. Igt dosa sama. Anyway bagus ko bgtau.. Beringatlah kita srmua –Wahidah Zakaria

Ye saya pun ada beberapa org yg pm kate suka dgn komen2 saya d krt ni..siap friend req lagi tapi saya tak approve..reply pun tidak,biarlah apa yg kt komen berakhir kat situ…saya sebagai isteri perlu hadkan pergaulan d media sosial supaya tak timbul syak wasangka pada suami…kepada para isteri di luar sana jgnlah terlalu mudah menyerahkah maruah diri utk lelaki lain,dosa besar tu..ya ALLAH lindungilah keluarga ku dari –Suliana Sulaiman

Akhir zaman weiii…rapuhnye binik2 orang tu…Allahuakbar,jauhila diri hamba dari jantan2 keparat cam tu…sebab tu kita jgn mulakan…cth trima jadi kwn,lebih2 lg lelaki yg kita x kenal…so..kita sebagai pmpn n isteri org jgn mudah terjebak…peringatan tok dri sy dan kwn2 semua gak..-Azian Mohamad Wd JB

Sumber: puteraizman