Lelaki Ini Ajar Cara Berkesan Untuk Baiki Cermin Kereta Yang Retak, Tak Sampai RM20 Pun!

Malang tidak berbau. Kejadian-kejadian seperti cermin kereta retak akibat terkena serpihan objek keras yang entah datang dari mana memang tak dapat dielakkan. Benda-benda luar jangkaan ni memang sukar untuk diramal.

Nak taknak memang terpaksa baiki atau gantikan dengan cermin kereta yang baru. Hmm, habis melayang duit dalam poket tu.

Nanti dulu! Beli cermin kereta yang baru bukanlah satu-satunya penyelesaian yang ada. Ada cara mudah untuk korang dapatkan kembali cermin kereta seperti baru tau! Paling tak disangka, kos untuk betulkan cermin tersebut tak lebih dari RM20 pun!

Korang hanya perlu menggunakan DIY Windshield Repair KIT saja. Dah nama pun DIY, jadi korang tak perlu susah-susah menggunakan khidmat mana-mana pakar, korang sendiri boleh buat sendiri di rumah tau! Bahan-bahan yang digunakan pun memang berlambak di kedai hardware. Harga pun murah-murah je semuanya.

 
Ikut satu-persatu langkah yang ditunjukkan seperti dalam video ini:
 

Mudah je kan? Jadi, selamat mencuba!

Sumber: maukerja.my