Koma akibat kemalangan, setelah sedar apa yang berlaku pada lelaki ini amat mengagumkan

Dua tahun lalu, Ben McMahon terjaga daripada koma selepas lebih daripada seminggu setelah dia mengalami kemalangan kereta yang dahsyat. Dia mendakwa ketika itu dia hanya mampu berbahasa Mandarin.

Pemuda berusia 22 tahun itu masih mengingati bagaimana dia bangun dan melihat seorang jururawat Asia yang sedang berdiri di atas katilnya dan berkata kepadanya ‘Maafkan saya jururawat, saya rasa sangat sakit di sini’ dalam bahasa Cina.

Dia kemudian meminta jururawat tersebut sekeping kertas dan pen dan dia menulis sesuatu di dalam bahasa Mandarin yang berbunyi: ‘Saya sayang ibu saya, saya sayang ayah saya, saya akan pulih.’

Dua tahun lalu, Ben McMahon terlibat dalam kemalangan kereta yang menyebabkan dia koma selama lebih daripada seminggu

Kemahiran bahasa yang baru ditemuinya membingungkan doktor dan juga ibu bapanya.

Bapa Ben, Mark, dan ibunya diberitahu bahawa ia adalah sebuah keajaiban jika anaknya terselamat daripada kemalangan tersebut.

‘Kami mendapat panggilan dari hospital dan kakitangan hospital berkata “Oh Mark, saya hanya mahu memberitahu anda bahawa Ben sudah sedar daripada koma” … dan dia berkata, ” Saya tidak tahu bagaimana untuk mengatakan ini … dia bercakap Mandarin, “kata Mark kepada The Project.

‘Kami tidak boleh berbahasa Mandarin jadi kami hanya mengangguk tetapi kami sangat prihatin tentang apa yang sedang berlaku.’

Apabila dia bangun, dia hanya mampu bercakap Mandarin dengan fasih

Pemuda berusia 22 tahun bersama ibu bapanya muncul di The Project untuk menceritakan kisahnya

Walaupun dia pernah mengambil bahasa Mandarin di sekolah, Ben tidak pernah fasih berbahasa Mandarin sebelum itu.

‘Saya tidak sedar saya bercakap bahasa Mandarin, ia hanya keluar daripada mulut saya dan ia adalah perkara yang semula jadi berlaku kepada saya,’ katanya.

Ben kemudian mengambil masa dua hingga tiga hari selepas itu untuk mengingati semula bagaimana bercakap bahasa Inggeris.

Sejak itu, dengan kemahiran berbahasa Mandarin yang dimiliki Ben ia telah membuka peluang baru kepadanya seperti menjadi pemandu pelancong di China.

Sekarang pemuda dari Melbourne ini telah berpindah ke Shanghai untuk mengikuti pengajian dalam bidang perdagangan di universiti di China.

Ben mengatakan bahawa nasibnya baik kerana masih mampu bertahan hidup dan dapat bercakap bahasa kedua. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku kepada Ben bukanlah kejadian yang pertama yang berlaku.

Ibu bapanya berkata mereka bingung kerana Ben boleh bercakap bahasa Mandarin sedangkan mereka tidak bercakap bahasa Cina

Kebolehan berbahasa Mandarin telah membuka peluang kepada Ben dan pemuda itu kini tinggal di Shanghai untuk mengikuti pengajian dalam bidang perdagangan

Ben mengatakan bahawa nasibnya baik kerana masih mampu bertahan hidup dan dapat bercakap bahasa kedua

Pada tahun 2010, seorang gadis Croatia berusia 13 tahun tersedar dan mendapati dirinya boleh bercakap bahasa Jerman.

Baru-baru ini, seorang tentera laut A.S. ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik motel dan tidak mengingati siapa dia dan pada bulan Julai 2013 dia fasih berbcakap dalam bahasa Sweden.

Tetapi seorang pakar saraf di Queensland Brain Institute menganggap dia mungkin mempunyai penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada Ben.

Dr Pankaj Sah berkata otak itu terdiri daripada litar yang berbeza – yang membantu dalam bahasa, bernafas, bercakap dan berfikir – serupa dengan litar elektronik.

Menurutnya, apa yang mungkin berlaku kepada Ben adalah bahawa bahagian-bahagian otak yang mengingatkan bahasa Inggeris telah rosak dalam kemalangan itu dan menyebabkan bahagian otak yang berbahasa Mandarin diaktifkan ketika pemuda 22 tahun itu terbangun dari koma.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru