Kisah Sedih Berjumpa Dengan Bekas Rakyat Malaysia Semasa Di Luar Negara

1. Milford Sound, New Zealand
Seorang pakcik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.
Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di New Zealand dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumur. Masalahnya dia sudah serahkan kewarganegaraan Malaysia dan sudah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doktor.
2. Zurich, Switzerland
Seorang makcik berusia di dalam lingkungan 50an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.
Makcik ini sudah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana kos sara hidup yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin untuk  balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan makcik ini di Switzerland.
3. Venice Beach Los Angeles USA
Seorang pakcik yang saya terjumpa d idalam bas di Venice Beach Los Angeles USA. Dalam bas, beliau meneriak dengan excitednya memanggil saya di dalam Bahasa Melayu kerana mengenali tudung gaya Malaysia yang dipakai oleh isteri saya.
Pakcik ini sudah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan kerakyatan Malaysia.
4. North East London
Seorang wanita yang saya terjumpa semasa berada di London. Kakak ini sudah berkahwin dengan seorang lelaki  berbangsa Inggeris dan mempunyai famili di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.
5. Bekas kelasi kapal MISC di Liverpool, UK
Lelaki berbangsa Melayu ini sudah 40 tahun menetap di United Kingdom dan asalnya seorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampung halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tidak tahu apa agama yang dianuti anaknya.
6. Melbourne, Australia
Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi masih mengadu tentang kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan perkauman. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti.
7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Arab Saudi
Walaupun anak mereka lahir di Arab Saudi,  tetapi taraf kerakyatan  tidak diberi secara automotik oleh pihak kerajaan Arab Saudi dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti sana walaupun layak secara merit. . Yang peliknya, anak anak mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu telah dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia. Kehidupan di Arab Saudi bukan senang kerana tradisi mereka yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana.
8. Tukang sapu berasal dari Kelantan di Denmark
Seorang tukang sapu perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark. Dia menegur semasa saya sedang minum kopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens.
Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau RM15,000, dia tak larat dengan cukai dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark.
9. Guru wanita di San Bernardino, Los Angeles USA
Wanita yang berusia di sekitar 50 tahunn ini berkerja sebagai seorang guru tetapi pendapatan beliau sebagai seorang guru Bahasa Inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya ‘I am living from month to month’ dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.
Ramai lagi bekas rakyat Malaysia yang saya terserempak semasa berkembara di luar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja. Betullah seperti peribahasa Melayu:

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.
Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak complaint pasal Malaysia:

“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”

Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru di luar negara, pastikan anda tidak menyerahkan taraf kerakyatan anda kerana suatu hari nanti, pastinya akan tiba hari di mana anda akan berasa menyesal kerana telah menyerahkan kerakyatan anda.

Sumber 

Sumber: madeinuitm