Kenapa “Sale’ Kebanyakkan Berlaku Pada Hari Rabu, Ini Jawapan Dari Pakar Copywrting…

Siapa yang gemar ‘kejar’ jualan murah, anda mesti perasan yang kebanyakan sales sering berlaku pada hari Rabu. Pernah tak anda terfikir kenapa hari Rabu yang menjadi pilihan?

Apakah kelebihan hari Rabu yang menyebabkan ramai penjual gemar melakukan promosi pada hari tersebut? Seorang pakar copywriting yang dikenali sebagai Al Irfan Jani ada penjelasan yang terperinci mengenai hal ini.
Seorang sahabat pernah bertanya soalan ini, beberapa tahun lalu. Kali ni ada sahabat lain mengulang tanya, maka saya terpanggil untuk bantu jelaskan lagi dengan lebih detail.

“Boleh Tuan Irfan huraikan, kenapa sering berlaku promosi pada hari Rabu di sekeliling kita? Apakah signifikan hari Rabu itu?”

Ini penjelasan saya,

Sebelum kita melihat signifikan hari Rabu, kita kena faham dulu signifikan hari Khamis.

Mengikut kajian, hari Khamis dikatakan mood seorang ‘salary-man’ (pekerja-makan gaji) yang dah terbayang-bayang aktiviti di hujung minggu.

Lihat pula di hari Selasa, di mana mood Monday-blues masih terbawa-bawa dari hari Isnin.

Dengan perbezaan mood yang kontra itu, ahli psikologi dan pakar behaviour manusia menganggap hari di antara keduanya, iaitu Rabu, adalah hari yang paling mudah pengaruhi manusia.

Pakar marketing Barat menyebut, “Wednesday is a hump day” (hump=bonggol).

Maka, secara tak langsung, jika kita perasan banyak PRE-promo sering muncul di sekitar kita pada hari Rabu.

Contohnya, promosi dari panggung wayang, mereka sering lancarkan filem terbaru pada hari Khamis, manakala filem yang terdahulu akan dimurahkan pada hari Rabu, sekadar ingin habiskan tiket. Itulah sebabnya giat dikempen Super Wednesday.

Buat seorang pengembara keluar negara, jika anda pemerhati trend yang baik, anda akan dapati rate tukaran matawang yang ‘menarik’ sekali. Ha, sila siasat.

Kepada penyimpan dan pelabur emas (bukan program emas merapu tu), rajin-rajinlah mengkaji tukaran harga jual beli emas oleh kedai pajak gadai. Ini baru betul pengguna bijak.

Contoh lain, dalam budaya bisnes dan marketing di FB, menurut statistik dari FB, hari Rabu dikatakan hari view post/entry paling hit di FB.

Secara spesifik, waktunya bermula pada waktu tengahari jam 11.30 sehingga 4.30 petang. Waktu itu, kita boleh lihat, betapa sibuknya iklan dari bermacam produk bersaing ingin menembusi view.

Buat pengiklan di FB, atau peniaga di profil FB, ada sedikit twist dari tips yang akan saya kongsikan kepada anda. Join grup ini, A1 Storytelling & Copywriting Club <<< Klik join. Nanti kami approve. Kita akan belajar lebih deep lagi tips-tips waktu terbaik untuk lakukan posting jualan atau menarik trafik.

Jadi, anda faham, kan, kenapa sistem pembahagian hari kita mengikut sistem Barat? Iaitu, bermula kerja pada Isnin, dan bercuti pada Sabtu Ahad.

Jika anda lebih ‘celik’ mengenai iman, anda juga akan begitu faham, kenapa Islam memilih hari Jumaat sebagai hari paling mulia di antara 7 hari, bukan?

Jawapannya, Allah telah sediakan ‘sistem’ yang dapat mengelak berlakunya “WEEKLY Mental Manipulation”. Atau “Trend Riding.”

Sebagai pengguna bijak, tidak salah untuk anda berjimat-cermat untuk berbelanja produk keperluan pada waktu promosi.

Cuma, diharap anda tidak dipengaruhi dengan produk kemahuan yang turut ‘menyibuk’ dalam tempoh promosi. Inilah yang akan ‘kabur’kan mata anda sewaktu berbelanja.

Adakah anda ‘mangsa’, atau ‘pemangsa’ dalam trending ini? Hanya iman yang akan selamatkan anda.

Kenapa kita umat Islam harus muliakan hari Jumaat? Kenapa banyak Sunnah Rasulullah (selawat ke atas Baginda, Salallahu ‘Alaihi Wasallam) berlaku pada hari Jumaat?

Anda pasti punyai jawapannya…

 
Sumber artikel asal: Al Irfan Jani