KELEBIHAN JANDA BERBANDING GADIS DARA YANG RAMAI TAK TAHU…NO3 TU MEMANG BETUL SANGAT2

Janda bermakna wanita yang tidak bersuami lagi, mungkin kerana telah bercerai dan kerana ditinggal mati oleh suaminya.

Sayangnya, budaya ketimuran memberi kesan negatif kepada janda daripada duda. Kaum janda seringkali diletakkan sebagai wanita pada posisi yang rendah, lemah, tidak berdaya dan memerlukan belas kasih sehingga dalam keadaan sosial budaya seringkali wujud ketidakadilan.

 

Sebahagian besar lelaki ingin berkahwin dengan wanita bujang. Malah status lelaki sebagai duda pun masih akan mensasarkan wanita bujang. Adakah perlu nikah dengan bujang? Tentu tidak!

Wanita yang menyandang status sebagai janda pun masih layak untuk dinikahi. Baik oleh duda atau lelaki yang belum pernah berkahwin sebelum ini. Berikut kelebihan jika menikahi seorang janda.

 

1.Banyak tahu tentang hubungan

Seorang wanita yang menyandang status sebagai seorang janda memang tahu lebih banyak tentang seorang lelaki, tentang hubungan lelaki dan wanita. Sekurang-kurangnya dia telah mempunyai pengalaman yang cukup.

Tidak hanya itu, wanita seperti ini boleh memahami dunia batin seorang lelaki, sehingga dia faham betul apa yang harus dilakukan dan tidak perlu dilakukan. Hal ini tentu akan membantu seorang lelaki memiliki perasaan tenang dalam menjalani hubungan asmaranya.

 

2.Janda tidak banyak menuntut

Seorang janda yang telah mempunyai anak akan cenderung tidak ingin banyak bermimpi tentang hubungan. Ertinya dia sama sekali tidak memerlukan seorang yang romantis, penuh dengan kata manja, drama, dan lain sebagainya. Dia mungkin telah banyak bermimpi di perkahwinan pertamanya. Dia tidak akan banyak menuntut saat menjalani hubungan dengan anda.

 

3.Dia akan ‘Memanusiakan’ anda

Pengalaman masa lalunya mungkin telah banyak mendidik tentang apa yang harus diberikan pada suami dan bagaimana dia membuat seorang lelaki benar-benar memainkan peranannya di rumah tangga. Hal ini akan dapat dilihat pada kebebasan dan ruang yang cukup untuk anda menjadi seorang suami yang semestinya. Terlebih lagi dia akan mengajarkan banyak pelajaran hidup dalam membina rumah tangga.

Selain itu, peranan seorang isteri bagi dia akan lebih sempurna lagi. Sebab tentunya dia tidak ingin gagal untuk kali kedua dalam menjadi seorang isteri. Bukankah itu menarik?

 

4.Memiliki pengalaman membesarkan anak

Membesarkan seorang anak jelas bukan mudah. Perlu pengalaman, kesabaran, dan ketelitian. Bagi seorang ibu tunggal, membesarkan seorang anak bukan perkara mudah. Namun pengalaman akan mendewasakan dia dan akan membuatnya lebih enjoy lagi ketika melahirkan anak kedua bersama anda.

Sumber: puteraizman