Kahwin Tak Sampai Setahun Dan Mengandung, Sudah Diceraikan Suami

Pastinya setiap isteri mendambakan seorang suami yang bertanggungjawab. Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha penuh dengan kreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan bergelar isteri.

Tapi, sayangnya ramai di antara para suami hari ini yang gagal dalam menjalankan tanggungjawab terhadap rumah tangganya. Malah tanggungjawab sebagai ketua keluarga dipikul oleh isteri.

Itulah yang dilalui oleh wanita ini apabila perkahwinannya dengan suami pilihan keluarga telah membuatkan hidupnya menderita. Tidak sampai setahun perkahwinan dan sedang hamil, dia bakal diceraikan oleh suami. Ingatlah para suami, jangan mengambil mudah sesuatu perkara, apabila sudah berkahwin besar tanggungjawab yang perlu anda jalankan.

“Aku mempunyai seorang adik perempuan yang sudah berkahwin. Alhamdulillah, jodoh dia sampai awal berbanding aku. Adik aku berkahwin pada usia 25 tahun dan sekarang sudah 8 bulan mengandung anak pertama.”

“Perkahwinan ini atas dasar keluarga kerana adik aku bukan seorang yang bersosial dan tidak mempunyai kawan, jauh sekali untuk mempunyai kekasih. Bila adik disuruh berkahwin aku adalah orang pertama yang rasa sedih kerana aku risau dengan lelaki yang bakal menjadi suami dia. Yela suami dia kami semua tak pernah kenal, tak pernah tahu hati budi or perangai macam mana.”

“Setelah berkahwin adik dan suami pindah ke rumah sewa sendiri. Aku selalu contact adik aku bertanyakan keadaannya. Dia selalu bercerita segala benda yang dihadapinya setelah bergelar isteri. Kadang2 aku terdengar suara sendunya dihujung talian.”

“Aku rasa sedih dengan apa yang terjadi tapi masa tak boleh diundur. Aku mampu nasihat bersabar bersabar n bersabar. Kadang2 aku rasa macam nak ambil balik adik aku balik ke rumah mak. Tapi apakan daya dia isteri orang. Tempat isteri disisi suami.”

“Beberapa hari lepas dia call aku dengan diiringi tangisan lagi. Katanya suami dia telah tinggalkan dia n mungkin hubungan dorang tak lama. Dalam hati aku terdetik, korang berkahwin tak sampai setahun lagi. Adik bunting pelamin dan sekarang menunggu detik-detik untuk bersalin. Boleh bayang tak apa nasib baby yang akan keluar nanti? Astagfirullah geram, marah, sedih semua bercampur baur. Sampai hati buat adik aku macam ni. Wahai lelaki sekalian, tolong ingat beberapa benda ini.”

“Pertama, lelaki dicipta untuk menjadi ketua keluarga dan membimbing keluarga ke arah yang lebih baik. Tapi kalau kerja pun malas tapi suruh isteri kerja cari duit, apa function ketua keluarga? Baik isteri jadi ketua keluarga saja.”

“Kedua, perempuan apabila sudah bergelar isteri, dia akan ada suami saja. Suami lah kawan, peneman, dan segala-galanya. Tapi kalau kau sebagai suami asyik keluar lepak dengan kawan-kawan dan tinggal isteri yang sarat mengandung baik tak payah kahwin. Kesian isteri kena tinggal sampai pukul 11-12 malam. Ingat isteri ini tunggul ke? Sebelum kahwin keluarga dia sentiasa bawak dia kemana-mana tapi bila dah kahwin kau buat dia macam tunggul.”

“Ketiga, perempuan kalau sudah jadi isteri, dia takkan cerita sangat masalah dia pada mak ayah dia sebab tak nak mereka risau. Melainkan kalau dia tak tahan dia akan cari orang yang paling rapat untuk melepaskan tangisan dia tapi tak semua dia cerita.”

“Tapi kau sebagai suami kalau sikit-sikit kau burukkan isteri kau dekat mak ayah kau sendiri macam mana itu? Sampai mak ayah kau call mak ayah aku tanya apa masalah, sedangkan keluarga aku tak tahu apa-apa. Bila jadi macam ini baru lah segala terbongkar. Tolong jadi matang sikit boleh tak? Tak perlu semua masalah dalam kelambu kau nak cerita pada keluarga kau.”

“Keempat, bila dah kahwin, perempuan akan terikat dari semua benda termasuklah nak membeli. Suami wajib beri nafkah zahir dan batin kepada isteri. Selama 10 bulan kahwin, sehelai baju pun tak pernah beli untuk isteri. Nak suruh isteri bergaya mekap tebal 4 inci supaya sedap mata memandang tapi kau tak bagi duit pun untuk semua tu. Tapi bila isteri selekeh kau perli isteri kau. Apa jenis manusia macam ini?”

“Aku rasa dah panjang sangat aku tulis. aku bukan nak memburukkan siapa-siapa tapi cuba korang fikir kalau isteri bekerja, uruskan rumah, isteri keluarkan duit belanja rumah, dan semua isteri. Jadi apa peranan suami? Baik kaum hawa tak payah kahwin daripada jadi hamba macam ini. Kalau silap sikit tengking, marah, kena tinggal. Kesian nasib kaum hawa.”

Kepada lelaki semua, sebelum korang kahwin tolong lah belajar ilmu agama dan ilmu rumahtangga dulu. Tolong jadi pemimpin dan ketua keluarga yang baik. Perempuan dicipta untuk disayangi dan dikasihi bukan untuk digunakan dan diperhambakan. – MissA/UtaraNews.com

Sumber: utaranews