Ini Rupanya Rahsia Wajah Glowing Tanpa Makeup, Si Cantik Ini Kongsi Petua

Mesti ramai wanita kat luar sana yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bawah mata, kulit berminyak atau yang dah give up nak try mana-mana skincare.

Jangan sedih, mungkin skincare yang ada tidak sesuai dengan kulit korang. Daripada korang membazir mencuba produk baru yang tak diketahui keberkesanannya. Apa kata korang try Ais Kiub Tomato yang dikongsikan oleh Nurul Balqis ni.

HAI semua, hari ni Qis ade nak share satu tips yang Qis dah amalkan sejak 6 bulan yang lepas. Memang menjadi. Tips semulajadi dengan ais kiub tomato.

Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:

  • Jerawat dekat muka Qis satu hari je dah kecut.
  • Gelap bawah mata pon dah berkurang.
  • Kulit Qis still glowing walau tanpa makeup.
  • Kulit muka jadi tegang.
  • Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.
  • Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.
  •  
    Cara Penyediaan
    1. Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.

    Kredit Foto: Nurul Balqis

     

    2. Seterusnya tomato yang dipotong kecil tadi dimasukkan dalam blender. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.

    Kredit Foto: Nurul Balqis

     

    3. Kisar sampai hancur dan halus macam ni.

    Kredit Foto: Nurul Balqis

     

    4. Tomato yang dikisar tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.

    Kredit Foto: Nurul Balqis

     

    5. Inilah hasil tomato yang dibekukan tu. Cantik tak yang Qis punya.

    Kredit Foto: Nurul Balqis

     

    6. Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka.

    Kredit Foto: Nurul Balqis

    Selamat mencuba.

    Sumber: Nurul Balqis via penhitam