“Bos Dah Beli Kehidupan Kau” – Pengembara Ini Dedah Sebab Mat Salleh Boleh Maju Walaupun ‘Jobless’

Bukanlah mahu mengkritik ‘budaya’ organisasi di negara ini tapi apa diceritakan oleh pengembara ini amat menarik perhatian kami, kita sudah biasa dididik bahawa kecermelangan akademik dan jenis kerjaya adalah ukuran kejayaan bagi seseorang itu.

Namun berbeza dengan budaya luar, mereka sentiasa ‘menimba ilmu’ dalam kehidupan mereka tanpa mengira umur atau taraf seseorang. Cara mereka tidaklah seperti orang kita yang seolah-olah ‘hidup untuk kerja’. Sebab apa? Baca perkongsian daripada pengembara yang dikenali sebagai Irwan Danhil ini, anda akan faham dan mungkin dapat mengubah kehidupan anda.
Masa kecil dulu, kitaran hidup simple saja

Lain betul dengan life cycle yang aku anuti selama ni..Boss dah beli kehidupan kau

Sejak aku berkawan dengan traveller…Life cycle mereka berbeza dari ‘mazhab’ aku orang Malaysia.

Diaorang bebas..bangunkan bakat..jual diri supaya laku dimana-mana

Mereka belajar skill baru..Pandai cari duit..Mereka rajin membaca

Apa yang perlu ditekankan adalah kemahiran, sanggup belajar apa sahaja bagi menam;pung kehidupan mereka. Tidak seperti orang lain yang memfokuskan pada sesuatu kemahiran dan lari dari masalah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.