Berjaya kejar dan tahan Lamborghini Huracan dengan hanya berbasikal, nampaknya hanya polis di Jepun yang boleh melakukannya!

Jika difikir-fikir semula sepertinya agak mustahil untuk mengejar sebuah kereta dengan hanya menggunakan sebuah basikal lebih-lebih lagi kereta yang berkuasa tinggi. Namun semua itu nampaknya tidak mustahil berlaku kerana polis di Jepun telah membuktikannya!

Selepas dikejar oleh seorang polis yang hanya menggunakan basikal, seorang pemandu Lamborghini Huracan nampaknya terpaksa akur untuk memberhentikan keretanya. Pemandu kereta mewah itu dikatakan telah melakukan sebuah kesalahan lalu lintas ketika membelok.

Menerusi video yang dimuat naik, kereta tersebut yang dilihat berada di satu simpang sebelum membelok ke kiri sejurus selepas pejalan kaki selesai melintasi jalan. Dia seharusnya perlu menunggu mereka yang ingin menuju terus memandangkan lampu isyarat menunjukkan warna hijau untuk kenderaan yang mahu menuju terus.

Seorang polis yang berbasikal ketika itu telah menyaksikan kejadian tersebut dan dengan pantas mengambil tindakan dengan mengejar kereta mewah tersebut.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru