Aku Ingat Dia Hanya Berkawan Biasa Je… Tapi Tak Ku Sangka Selama Ni Kawan Aku Sendiri Rupa-rupanya…..

Hi. Nama samaran aku Joni. Aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni, namanya Liya.

Aku kenal dia sejak semester satu lagi dekat uni ni. Kitorang sekelas and aku adalah antara kawan dia yang pertama.

Awal perkenalan, kitorang ok sangat. Pergi mana-mana berdua. Sampai kan kawan-kawan kelas panggil kitorang “kembar”.

Dalam kelas kitorang ni ada sorang kawan perempuan yang perangai dia memang lemah lembut, muka pun manis je. Aku gelarkan dia Dian.

Aku selalu jugak lah perasan si Liya ni asyik usya je si Dian ni bila dalam kelas. Masa ni Liya and Dian belum rapat lagi. Diorang kalau bercakap pun bila ramai-ramai je.

Tapi si liya ni selalu sangat puji-puji Dian depan aku. Mula-mula aku anggap benda tu normal. Ya lah, perempuan puji perempuan kan. Apa yang peliknnya?

Masuk je pertengahan sem, si Liya ni aku nampak selalu sangat dengan phone dia. Bila lepak berdua pun, duk menghadap phone. At first, aku fikir dia ni dah ada boyfriend lah kot. Sebab setiap kali massage masuk, senyum dia tu memang macam senyuman orang yang sedang angau lah. Kadang kadang otp pun cakap bisik bisik. Bawah selimut pulak tu. So, sejak tu aku macam jarang dah lepak bilik dia. Aku bagi peluang lah kawan nak bercinta.

Status wechat si Liya ni pun dah makin berbunga-bunga. Aku happy bila Liya ni happy. Sampai satu hari, aku tengah lepak dekat bilik dia. Dia pergi pantry nak isi air dalam botol. Handphone dia pulak tinggal dalam bilik.

Tuttt…

Massage masuk. Sbb kan dia pakai iphone, aku boleh nampak massage apa yang dihantar. Berderau darah aku!!
“Aku pun sayang and rindu jugak dekat kau. Rindu nak kau suapkan aku makan..heee- Dian”
Kebetulan pulak phone Liya ni tak ada password. Aku pun buka dan sempat baca banyak jugak lah isi massage diorang.

And memang aku sure selama ni yang Liya dok massage tu adalah Dian. Sbb aku tengok info waktu diorang whatsapp, mostly sama waktu bila aku tengah lepak dengan Liya.

Liya pun masuk bilik. Aku buat macam biasa dulu. Aku tak nak assume bukan bukan. Aku nak siasat.

Malam tu, aku saja lah ikut si Liya ni..sbb sblm ni aku selalu perasan yang dia mesti akan keluar setiap malam. Kalau dulu aku fikir dia nak pi dating, sekarang aku nak tahu sangat dia nak pi mana sebenarnya. Aku ikut dari jauh je. Ala-ala private investigator gitu.

Ikut punya ikut, rupanya dia pergi duduk dekat pondok tempat student perempuan selalu lepak. Kedudukan pondok tu memang tersembunyi sikit sebab dekat dekat dengan ampaian baju. So, bila malam, tempat tu memang agak creepy lah dan sah sah tak ramai nak lepak situ bila malam.

Aku perhati je si Liya ni. Dok betul kan tudung dia lah. Untuk pengetahuan korang, dia selalunya pakai seluar track yang macam plastik tu, tshirt lengan panjang and tudung bawal pin ke bawah. Memang setiap malam tu je lah gaya dia.

Tak lama lepastu si Dian pun turun. Dia pergi lah pondok Liya tu. Kemain rapat lagi duduk. Lama sangat diorang ‘dating’. Aku nak buat aduan pun macam tak kena pulak. Ya lah.. diorang bukan nya berdua-duaan dengan bukan mahram pun.

Aku pun naik lah bilik dulu. Esok nya, si liya up status wechat..
“Seronok jumpa kau semalam. Terubat rindu di hati ni. Love you”
Image result for lesbian bertudung

gambar hiasan

Sampai ke sudah, aku tak berani nak behadapan dengan liya utk tanya hal sebenar….sbb benda benda macam ni senang je diorang nak putar belit. Diorang boleh je cakap diorang ni rapat mcm adik beradik lah, Kawan sekepala lah..

Satu je persoalan aku, macam mana Dian ni boleh terjerumus dalam hubungan ni. Si Liya ni caring sangat ke? Tapi bila nya diorang ni rapat? Sbb memang aku tak pernah nampak diorang sembang berdua bila depan aku and kawan kawan aku yang lain.

So, patutke aku tanya diorang? Tapi aku nak mulakan macam mana? Sebab aku dah penat dengan sandiwara diorang. Aku takut aku tanggung dosa diorang pulak.

Kedit : IIUM

Sumber: kakirocket